Parit Raja adalah sebuah kampung di Muar,
Johor dan juga menyamai sebuah mukim di daerah Batu Pahat, Johor.
Sejarah
Kampung ini kecil namun besar sejarahnya. Kawasan
ini yang asalnya dikenali sebagai jajahan Padang melangkaui beberapa kampung
sekitar. Di jajahan inilah berlakunya peristiwa Perang Parang Panjang,
peristiwa Lembing Awang
Pulang ke Dayang dan sebagainya. Kampung ini dikenali sebagai Padang
kerana ia meliputi kawasan Kampung Seri Menanti hingga Kampung Tadah Utara di
Jalan Junid pinggir Kuala Sungai Muar. Ketika itu perumahan penduduknya begitu
padat sehingga berlakunya kebakaran besar sehingga kawasan ini nenjadi padang
jarak padang tekukur dan penduduk dari kampung lain menggelarnya padang. Ketika
ini sempadan Parit Raja bermula dari Parit Amal hingga Parit Besar. Memperolehi
nama sempena lawatan kerabat di Raja Johor yang mana dikatakan ada Raja yang
berhenti di kampung ini untuk mendapatkan air minuman.
Kampung Parit Raja ini melangkaui 5
jalan utama iaitu:
- Jalan Seri Tanjung - menghubungi Kg. Parit Seri Tanjung hingga Parit Jawa
- Jalan Dato' Haji Kosai - sempena ADUN Parit Bakar Dato' Haji Kosai bin Haji Salleh
- Jalan Temenggong Ahmad - mulai dari persimpangan Jalan Sulaiman-Parit Haji Baki-Jalan Temenggong Ahmad berhadapan Ibu Pejabat Tenaga Nasional hingga ke Pekan Pt. Jawa.
- Jalan Abdul Rahman
- Jalan Joned
Kemudahan
Dianggarkan lebih dari 250 keluarga
menetap di perkampungan ini yang turut menempatkan:
- SMK Tengku Mahkota
- SK Parit Raja
- Sekolah Agama Parit Raja
Kampung Parit Raja ini mempunyai
sebuah Masjid Jame'di persimpangan Jalan Parit Raja dengan Jalan Temenggung
Ahmad. Makanan tradisional yang masyhur di
kampung ini adalah seperti Beriani Gam, Nasi Minyak Pak Alam, Mee Rebus Pak
Hashim, Mee Bandung, Rojak Wak Paino, Asam Pedas Ikan
Sembilang dll.
Ketua Kampung yang terkenal pernah
menerajui kampung Parit Raja ialah Haji Husin bin Ahmad ( Tok Husin Commitee) Pawang Sulaiman merupakan seorang pawang masyhur di sini. Pawang Sulaiman atau di
kenali sebagai wak leman juga mengajar silat dan ilmu kebatinan kepada individu
tertentu.diantara pengikutnya adalah Md Anuar Bin Hj Abu.Beliau adalah anak
angkat kepada wak leman.
Kegiatan
ekonomi
Mata pencarian penduduk kampung ini
bergantung kepada kegiatan pertanian dan nelayan. Kampung ini memang terkenal
dengan dusun buah-buahan seperti durian, duku, manggis, rambutan, cempedak,
langsat, pulasan, rambai, nanas, kemang dan lain-lain.
Selain itu, petani di kampung ini
menanam getah, kelapa, kelapa sawit, koko dan sayur-sayuran.
Muara Parit Raja dijadikan pengkalan
Nelayan memungah hasil tangkapan ikan dari Selat Melaka untuk pasaran di
kedai-kedai runcit. Tangkapan yang popular oleh nelayan Kampung Parit Raja
ialah ikan kembung, selar, mayong, cencaru, sembilang dan parang. Pantainya
juga kaya dengan hasil lokan, siput, kerang dan kupang.
Terdapat beberapa rumah homestay juga telah diperkenalkan di Parit Raja bagi memudahkan pengunjung yang ingin menginap di kampung ini. Salah satunya ialah Homestay Parit Raja. Sila klik disini untuk maklumat lanjut berkenaan homestay tersebut.
0 comments:
Post a Comment