Labels: , , October 2015 ~ Homestay Murah Parit Raja

Selamat Pengantin Baru

Homestay Parit Raja telah dipilih untuk menjadi rumah penanggah untuk pengantin lelaki. Selamat pengantin baru untuk En Najib dan Pn Nureftika Isniza.

Ruang Makan

Ruang makan yang luas dan selesa. Membangkitkan selera makan.

Tetamu Homestay

Pasukan Pencak Silat Universiti Teknologi Malaysia. Menyertai Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2012 di pusat beli belah Square One Batu Pahat.

Bilik Tidur Utama

Selesa, Menarik dan Ceria

Tetamu Homestay

Rombongan pengantin Juara Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia musim ketiga. Selamat pengantin baru untuk Pn. Nor Syafiqah Syahirah dan pasangannya.

Thursday, October 29, 2015

Sejarah Parit Raja



Parit Raja adalah sebuah kampung di Muar, Johor dan juga menyamai sebuah mukim di daerah Batu Pahat, Johor.


Sejarah
Kampung ini kecil namun besar sejarahnya. Kawasan ini yang asalnya dikenali sebagai jajahan Padang melangkaui beberapa kampung sekitar. Di jajahan inilah berlakunya peristiwa Perang Parang Panjang, peristiwa Lembing Awang Pulang ke Dayang dan sebagainya. Kampung ini dikenali sebagai Padang kerana ia meliputi kawasan Kampung Seri Menanti hingga Kampung Tadah Utara di Jalan Junid pinggir Kuala Sungai Muar. Ketika itu perumahan penduduknya begitu padat sehingga berlakunya kebakaran besar sehingga kawasan ini nenjadi padang jarak padang tekukur dan penduduk dari kampung lain menggelarnya padang. Ketika ini sempadan Parit Raja bermula dari Parit Amal hingga Parit Besar. Memperolehi nama sempena lawatan kerabat di Raja Johor yang mana dikatakan ada Raja yang berhenti di kampung ini untuk mendapatkan air minuman.


Kampung Parit Raja ini melangkaui 5 jalan utama iaitu:
  • Jalan Seri Tanjung - menghubungi Kg. Parit Seri Tanjung hingga Parit Jawa
  • Jalan Dato' Haji Kosai - sempena ADUN Parit Bakar Dato' Haji Kosai bin Haji Salleh
  • Jalan Temenggong Ahmad - mulai dari persimpangan Jalan Sulaiman-Parit Haji Baki-Jalan Temenggong Ahmad berhadapan Ibu Pejabat Tenaga Nasional hingga ke Pekan Pt. Jawa.
  • Jalan Abdul Rahman
  • Jalan Joned

Kemudahan

Dianggarkan lebih dari 250 keluarga menetap di perkampungan ini yang turut menempatkan:
  • SMK Tengku Mahkota
  • SK Parit Raja
  • Sekolah Agama Parit Raja
Kampung Parit Raja ini mempunyai sebuah Masjid Jame'di persimpangan Jalan Parit Raja dengan Jalan Temenggung Ahmad. Makanan tradisional yang masyhur di kampung ini adalah seperti Beriani Gam, Nasi Minyak Pak Alam, Mee Rebus Pak Hashim, Mee Bandung, Rojak Wak Paino, Asam Pedas Ikan Sembilang dll.

Ketua Kampung yang terkenal pernah menerajui kampung Parit Raja ialah Haji Husin bin Ahmad ( Tok Husin Commitee) Pawang Sulaiman merupakan seorang pawang masyhur di sini. Pawang Sulaiman atau di kenali sebagai wak leman juga mengajar silat dan ilmu kebatinan kepada individu tertentu.diantara pengikutnya adalah Md Anuar Bin Hj Abu.Beliau adalah anak angkat kepada wak leman.


Kegiatan ekonomi

Mata pencarian penduduk kampung ini bergantung kepada kegiatan pertanian dan nelayan. Kampung ini memang terkenal dengan dusun buah-buahan seperti durian, duku, manggis, rambutan, cempedak, langsat, pulasan, rambai, nanas, kemang dan lain-lain.

Selain itu, petani di kampung ini menanam getah, kelapa, kelapa sawit, koko dan sayur-sayuran.

Muara Parit Raja dijadikan pengkalan Nelayan memungah hasil tangkapan ikan dari Selat Melaka untuk pasaran di kedai-kedai runcit. Tangkapan yang popular oleh nelayan Kampung Parit Raja ialah ikan kembung, selar, mayong, cencaru, sembilang dan parang. Pantainya juga kaya dengan hasil lokan, siput, kerang dan kupang.

Terdapat beberapa rumah homestay juga telah diperkenalkan di Parit Raja bagi memudahkan pengunjung yang ingin menginap di kampung ini. Salah satunya ialah Homestay Parit Raja. Sila klik disini untuk maklumat lanjut berkenaan homestay tersebut.


*Sumber diperolehi daripadahttps://ms.wikipedia.org/wiki/Parit_Raja

Wednesday, October 28, 2015

Talian Kecemasan untuk di Hubungi

Jika tetamu Homestay Parit Raja & Homestay Harmoni  mempunyai sebarang masalah kecemasan, sila hubungi talian terus seperti dibawah:


Balai Polis Parit Raja
KM 22, Jalan Kluang, Jalan Batu Pahat, 86400 Batu Pahat, Johor Darul Takzim, Malaysia.
Tel: 07-4541222
Fax: 07-4541222

IPD Batu Pahat
Tel: 07-4343999

Balai Bomba (Jalan Timah Sari)
Tel: 07-4342444

Balai Bomba (Jalan Mohd Khalid)
Tel: 07-4338444

Keselamatan Daerah
Tel: 07-4323636

Klinik Putra (sebelah Tutti Frutti) - 200 meter dari Homestay
No. 66, Jalan Universiti 1
Taman Universiti
Parit Raja
Tel: 07-453 5209

Klinik Kesihatan Parit Raja
Parit Raja, Batu Pahat
Tel: 07-4541237

Hospital Batu Pahat
Jalan Korma
83000 Batu Pahat
Tel: 07-434 1999 /1751/ 1954/ 0654
Faks: 07-4322544
Email: hospbp@johr.moh.gov.my

Pantai Hospital Batu Pahat
95, Jalan Bintang Satu Taman Koperasi Bahagia
83000 Batu Pahat
Johor, Malaysia
Tel: +607 4338811
Faks: +607 4331881

Putra Specialist Hospital (Batu Pahat) Sdn. Bhd.
No 1, Jalan Peserai
83000 Batu Pahat
Tel: 07 - 413 3333
Faks: 07 - 4137333
Bebas Tol: 1 - 300 - 80 - (PUTRA) 78872
Email: pshbp@psh-group.com

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
Jalan Abu Bakar, 80100 Johor Bahru
Tel: 07 2257000
Faks: 07 2242694
Email: publichsajb@johr.moh.gov.my

Siapakah Tetamu Homestay Parit Raja & Homestay Harmoni?

Homestay Parit Raja & Homestay Harmoni,  sesuai bagi mereka inginkan percutian, aktiviti dan memerlukan tempat tinggal di sekitar Batu Pahat. Ianya juga menjadi pilihan kepada individu yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen dan mendaftaran di Institut Pengajian Tinggi yang terdapat di sekitar Homestay ini seperti Universiti Tun Hussein Onn MalaysiaKolej Kemahiran Tinggi MARA Batu PahatInstitut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, MRSM Batu PahatPusat Latihan Teknologi Tinggi lanjutan (ADTEC), dan sebagainya) di sekitar Parit Raja dan Batu Pahat. Homestay ini juga pernah menjadi kediaman sewa bagi pengantin di sekitar Batu Pahat. Sebarang maklumat lanjut boleh klik disini.

Tuesday, October 27, 2015

Kemudahan WiFi di Homestay Parit Raja

Para pengunjung yang menginap di Homestay Parit Raja kini dapat menikmati kemudahan WiFi.



Kemudahan Wifi

Kadar Sewa di Homestay Parit Raja

Hari Biasa: RM150.00/malam

*Waktu Puncak: RM180.00/malam 

*Waktu Puncak (Peak season): Semasa pendaftaran, konvokesyen dan aktiviti-aktiviti utama di UTHM dan kawasan sekitar.


**Kadar sewa masih boleh dirunding jika;
* Diskaun: Diskaun akan diberikan kepada tetamu yang menginap 3 malam atau lebih.

* Sewa bilik: Sewa bilik boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Daftar Masuk/Keluar:
* Waktu daftar masuk: selepas 2.00 petang
* Waktu daftar keluar: sebelum 12.00 tengahari  
** Daftar masuk awal dan daftar keluar lewat hanya dibenarkan sekiranya terdapat kekosongan. 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

En Sham (012-736 3269)
Pn Wati (012-740 9224)
En Fazil (012-769 5985)

Monday, October 19, 2015

Tempat Menarik di Sekitar Homestay Parit Raja


Taman Universiti
  1. Tutti Fruitti - 200 meter dari Homestay Harmoni. 
  2. Al-azhar Corner Parit Raja - dibuka 25jam sehari ;). 500 meter dari Homestay Harmoni. 
  3. McDonald's Parit Raja - 600 meter dari Homestay Harmoni. 
  4. Pasar Malam Taman Universiti, Parit Raja  - setiap Rabu malam. Lokasi: berhampiran dengan Mc Donald's 
  5. Kedai Serbaguna 7-eleven  
  6. Dobi 
  7. Kedai Makan Pelbagai (Makanan Arab, Steamboat, Western) 
  8. COSWAY 
  9. Mini Market


Parit Raja
Pekan Parit Raja terkenal dengan hasil kampung seperti rempeyek, pisang salai, dan beraneka kerepek. Nama Parit Raja diberikan bersempena lawatan kerabat di Raja Johor yang mana dikatakan ada Raja yang berhenti di kampung ini untuk mendapatkan air minuman pada masa dahulu. Mata pencarian penduduk di sini berasaskan kepada kegiatan pertanian, perniagaan dan nelayan. Di Pekan Parit Raja ini juga terdapat pelbagai gerai makanan yang menyajikan hidangan masakan tempatan, barat dan mamak. Pelbagai jenis buah-buahan juga boleh di perolehi di sini. 
  1. KFC 
  2. Pasaraya Wellward 
  3. Bank (Maybank, BSN, CIMB, Public Bank) 
  4. Stesen Minyak (Petronas, Esso, Shell, Mobil) 
  5. Kedai Kerepek 
  6. Baryani Best. Lokasi: No.2t, Jalan Cempaka 1, Taman Cempaka Biru, Parit Raja 
  7. Bisik - Bisik Restaurant 
  8. Chicken Delight Restaurant. 
  9. D'impian Kopitiam. Lokasi: No. 12, Jalan Cempaka 3, Taman Cempaka Biru, Parit Raja, 
  10. Faa`It Nasi Ayam 
  11. Gazebo Seafood Restaurant 
  12. KMS Restaurant. Lokasi: Jalan Kristal 7, Taman Medan Kristal 
  13. Kompleks Niaga Parit Raja 
  14. Pinang Sebatang Restaurant. Lokasi: No. 5, Jalan Susur Perniagaan, Pekan Parit Raja, (Berhampiran Cimb Bank). 
  15. Restaurant Line Clear - Lokasi: Lorong Kurnia (Depan Petronas ) ,Jalan Kluang Parit Raja 86400 Batu Pahat Johor 
  16. Restoran Cuba Rasa 
  17. Restoran Nasi Lemak Gam (Parit Raja). Lokasi: No 3, Jalan Aked Utama, Taman Aked, 86400, Parit Raja 
  18. Warung Seri Montel 
  19. Bariani Warisi


Air Hitam
Pekan Ayer Hitam, di sini sering menjadi tumpuan pengunjung dari negeri lain apabila di pekan kecil yang terletak berhampiran Lebuhraya Utara Selatan itu menawarkan pelbagai jenis produk seramik dan bunga plastik bermutu tinggi yang boleh dijadikan buah tangan untuk dibawa balik. Selain seramik dan pelbagai barangan perhiasan rumah serta kelengkapan hantaran pengantin, Ayer Hitam juga memiliki kawasan pelancongan berasaskan pertanian dengan adanya pusat pertanian moden terbesar di negara ini.

  1. PISB - Tempat untuk memborong pasu, bunga (plastik), aksesori hiasan rumah dan lain2. Sesuai untuk mereka yang mencari kelengkapan perkahwinan seperti bunga telur, kad jemputan dan hiasan. 
  2. Johor Claytan Factory 
  3. Kedai Tembikar Ah Soon 
  4. Pekan Seramik Air Hitam
  5.  Taman Botani Johor 
  6. Taman Organik Zenxin 
  7. Tugu Peringatan Air Hitam 
  8. Institut Pertanian Ayer Hitam 
  9. Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
  10. Tropical Village Air Hitam



Batu Pahat
Di Batu Pahat sangat terkenal dengan nasi baryani gam, mee bandung, asam pedas, cendol dan rojak. Jika ingin mendapatkan nasi baryani, anda perlu singgah ke "Benteng". Di mana ianya merupakan suatu tempat menjamu selera yang terkenal di Batu Pahat terletak bersebelahan Sungai Batu Pahat dan berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).Makanan yang popular di sini adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang sangat terkenal oleh penduduk setempat dan penduduk Johor.

Mee Bandung yang terkenal di sini terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat yang lebih di kenali sebagai "Mee Bandung Odean". Di Batu Pahat juga terkenal dengan masakan asam pedas dan gerai yang terkenal adalah terletak bersebelahan Pejabat Pos Batu Pahat di Jalan Rahmat. Minuman cendol yang terkenal di sini terletak di Jalan Omar yang terkenal dengan "Cendol Gelas" dan hidangan rojak yang sangat lazat.   
  1. The Summit 
  2. Carrefour - lokasi: Taman Flora Utama. Merupakan Carrefour kedua terbesar di Johor dan ke 10 di Malaysia. 
  3. Square One Shopping Mall - lokasi: Taman Flora Utama. Berhampiran dengan  Carrefour. 
  4. Parkson - di dalam Square One Shopping Mall. 
  5. One Stop - lokasi: Jalan Rahmat, Jalan Jenang and Taman Bukit Pasir. 
  6. McDonald Drive Thru 
  7. Batu Pahat Mall 
  8. The Store Supermarket - lokasi:  Jalan Rugayah and in The Summit. 
  9. Pacific Hypermarket - lokasi: Batu Pahat Mall. 
  10. Farson Supermarket - lokasi: Jalan Rugayah. 
  11. Pasaraya Nirwana Maju - lokasi: Jalan Ampuan/ Jalan Zamrud, (Taman Soga). 
  12. Wet World Batu Pahat 
  13. Dataran Batu Pahat
  • Kawasan ini dahulu lebih dikenali dengan Fountain Batu Pahat kerana terdapat sebuah air pancut pada ketika itu. Ianya telah dibangunkan dan di buka kepada orang ramai pada 17 Mei 1961. Sewaktu pengisytiharan Batu Pahat sebagai Perbandaran Batu Pahat, Fountain Batu Pahat telah diberi nafas baru dengan diberi nama sebagai Dataran Penggaram. Ini kerana ianya telah melalui proses pengubahsuaian dan dinaik taraf sebagai lapangan hiburan dan mempunyai pemandangan panorama indah serta telah dibina sebuah tugu sebagai mercu tanda Bandar Batu Pahat. Dataran ini juga dijadikan sebagai tempat pelaksanaan aktiviti sosial masyarakat bersama pemimpin setempat.

   14. Tasik Y
  • Berhampiran Dataran Batu Pahat, terdapat sebuah tasik yang dahulunya merupakan bekas sebuah lombong dan dikenali ramai iaitu Tasik Y. Di kawasan tasik ini talah dijadikan sebagai taman rekreasi yang lengkap dengan prasarana taman permainan, alatan senaman, kawasan beriadah, pondok istirehat dan sebuah kawasan yang dilengkapi dengan batu refleksi bagi pengunjung menggunakannya. Di tasik ini juga terdapat gerai-gerai makanan dan minuman. Pada kebiasaannya penyediaan minuman ABC dan Yong Tau Foo merupakan menu popular dikalangan para pengunjung ke tasik ini. Di kawasan tasik ini juga menjadi pilihan para pengunjung dari kawasan berdekatan mahupun penduduk bandar Batu Pahat untuk melakukan riadah pada waktu petang saban hari. Pada setiap pagi hari Ahad, aktiviti yang biasa diadakan adalah senaman J-Robik sebagai pengisian kepada para pengunjung yang datang ke Tasik Y ini.

  15. Pantai Minyak Beku
  • Walaupun Pantai Minyak Beku ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, ia amat sesuai untuk aktiviti memancing dan menikmati udara pantainya yang segar. Di sini terdapat sebuah perkampungan nelayan dan juga kuari untuk memproses batu dan pasir. Kawasan memancing paling sesuai dilawati di sini ialah Kampung Orang Asli dan Perkampungan Nelayan Cina Segenting. Perigi Batu Pahat yang terletak di Pantai Minyak Beku dipercayai merupakan tempat Daerah Batu Pahat mendapat namanya berdasarkan sejarah lalu. Jarak di antara Bandar Batu Pahat ke Pantai Minyak Beku adalah 8 km lebih kurang 20 minit perjalanan dan jalan raya menuju ke pantai tersebut agak berliku sedikit.

  16. Pantai Punggor
  • Pantai ini terletak di perkampungan desa yang menarik di Punggor merupakan salah sebuah kawasan di Daerah Batu Pahat. Walaupun pantainya tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, Pantai Punggor menawarkan keindahan panoramanya untuk mereka yang ingin beristirehat dan cintakan kedamaian. Di persisiran pantai ini juga turut menyediakan tempat memancing.  

  17. BP Walk
  • Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat. BP Walk juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai-gerai tersebut. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam.

Friday, October 16, 2015

Homestay Parit Raja, Homestay Harmoni

Homestay Parit Raja, Homestay Harmoni adalah sebuah homestay baru di Parit Raja. Homestay ini merupakan sebuah Homestay Murah Parit Raja / Rumah Tumpanga Batu Pahat / rumah persinggahan yang terletak di Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat. Homestay ini menawarkan penginapan berkonsepkan rumah yang selesa pada harga yang amat berpatutan. Homestay ini terletak di lokasi strategik iaitu berhampiran dengan Tutti Frutti, Klinik Putra, Al-Ikhsan, Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Jururawat Masyarakat, Pekan Parit Raja, kedai makan seperti Mc Donalds dan Restoran Al-Azhar, pasar mini, masjid, surau, mesin ATM dan bank seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan BSN.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 
En Sham (012-736 3269)
Pn Wati (012-740 9224)
En Fazil (012-769 5985)