Labels: , , Homestay Murah Parit Raja Homestay Murah Parit Raja

Selamat Pengantin Baru

Homestay Parit Raja telah dipilih untuk menjadi rumah penanggah untuk pengantin lelaki. Selamat pengantin baru untuk En Najib dan Pn Nureftika Isniza.

Ruang Makan

Ruang makan yang luas dan selesa. Membangkitkan selera makan.

Tetamu Homestay

Pasukan Pencak Silat Universiti Teknologi Malaysia. Menyertai Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2012 di pusat beli belah Square One Batu Pahat.

Bilik Tidur Utama

Selesa, Menarik dan Ceria

Tetamu Homestay

Rombongan pengantin Juara Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia musim ketiga. Selamat pengantin baru untuk Pn. Nor Syafiqah Syahirah dan pasangannya.

Wednesday, November 18, 2015

Selamat Pengantin Baru

Homestay Parit Raja telah dipilih untuk menjadi rumah penanggah untuk pengantin lelaki. Selamat pengantin baru untuk En Najib dan Pn Nureftika Isniza. Saksikanlah kemeriahan majlis tersebut.


  
 

Tetamu Homestay

Sebahagian daripada tetamu homestay 

Pn Rosnah (20-22 December 2011)
En Zulhairi - Melaka (23-24 December 2011)
En Halim (27 December 2011)
Mrs Wati (31 December 2011 - 1 January 2012)
En Ali (7-8 January 2012)
Cik Dira - Selangor (17-18 January 2012) 
En Osman - Seremban (21 January 2012) 
Pn Mimi - Johor (11 February 2012) 
Pn Anis, Kuala Lumpur (15 February 2012) 
En Jasni, Kedah (16 February 2012) 
Pn Azmah, Putrajaya (28 February 2012) 
En Aziz, Terengganu (16 March 2012) 
Cik Linda, Johor (17-18 March) 
En Hassan, Melaka (3 April 2012) 
En Azlan, Kedah (9 April 2012) 
Cik Afiqah, Johor Bahru (13 April 2012) 
Cikgu Rokiah, Kulai (24 April 2012) 
Cik Milywuadia, Bt Pahat (28 April 2012) 
En Nabil (artist) (3 May 2012) 
Pn Rohana, Tmn Gading (4-5 May 2012) 
Pn. Nurul Huda - Perlis (7-11 May 2012)
Cik Atiqah - Negeri Sembilan (25 May 2012) 
En. Hazrin - Kuala Lumpur (26 May 2012) 
Cikgu Norasiah - Negeri Sembilan (28 May 2012) 
En. Jamsari - Terengganu (1 June 2012) 
En. Yazid - Penang (2 June 2012) 
Cik Syafiqah - Batu Pahat (9 June 2012) 
Tn Syed, Kuala Lumpur (29-30 June 2012) 
Pn Ramlah, Selangor (19-20 August 2012)

Nabil Azahari Art


Nabil Azahari telah menghasilkan mural untuk Tadika Ilham Sarjana, Parit Raja. Maklumat lanjut berkenaan Nabil boleh lihat di http://nabilazahariarts.blogspot.com/ atau http://nabilazahariarts.weebly.com atauwww.facebook.com/nabilazahariarts 

Video cara menghasilkan mural oleh Nabil

Sebelum dibuat mural

Selepas siap mural

Bergambar di depan Homestay Harmoni, Parit Raja

Bergambar bersama mural

Sedang melukis mural

Kumpulan tarian Sri Rampai SK Sri Pulai


Dibimbing oleh Cikgu Rokiah. Kumpulan ini terdiri daripada 12 orang pelajar dan 6 orang cikgu pengiring. Tahniah berjaya menang tiga anugerah termasuk johan tarian Sri Rampai di pertandingan kesenian dan kebudayaan peringkat negeri Johor.
     Tengah berposing sebelum berangkat ke tempat pertandingan di SK Parit Raja.
      Berpakaian etnik Melanau

       
      Sedang membuat latihan tarian Sri Rampai di Homestay Harmoni

      Rombongan pengantin Juara Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia musim ketiga



      Homestay Harmoni merupakan salah satu homestay yang telah dipilih sebagai tempat penginapan rombongan pengantin. Kisah lanjut berkenaan dengan pengantin Juara Gerbang Cinta adalah seperti berikut:

      BATU PAHAT 10 Jun - Cinta 'utara dan selatan' yang terjalin sejak enam tahun lalu membawa ke jenjang pelamin hari ini buat juara Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia Musim Ke-3, Nor Syafiqah Mohamed, 25, dan Mohd. Firdaus Mohd. Fauzi, 27. 


      Majlis persandingan berkonsep dalam taman, antara Mohd. Firdaus yang berasal dari Perlis dan Nor Syafiqah berlangsung meriah di kediaman keluarga pengantin perempuan di Parit Kemang Tengah, Senggarang, di sini hari ini. 

      Nor Syafiqah yang masih dalam pengajian di peringkat Sarjana Kejuruteraan Elektrik dan pasangannya yang merupakan jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kelantan, kelihatan segak dan menawan dalam busana pengantin gaya Inggeris rona putih gading. 

      Busana rekaan Dios Astana Bridal yang tetap mengekalkan ciri kemelayuan dan gaya muslimah menyerlahkan aura pengantin, sepadan dengan konsep persandingan dalam taman. 

      Sementara itu, Nor Syafiqah berkata, dia mula berkenalan dengan Mohd. Firdaus ketika kedua-duanya masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan dia tertarik dengan ketegasan serta ciri-ciri kepimpinan pasangannya itu. 

      "Bagaimanapun dalam ketegasannya, abang (Mohd. Firdaus) menangis kesyukuran apabila saya memaklumkan menerusi telefon tentang kemenangan kami dalam peraduan Gerbang Cinta," katanya. 

      Turut hadir, Ahli Parlimen Batu Pahat yang juga merupakan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Jaaffar Hashim; Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) negeri, Jalaludin Abd. Aziz; Penolong Ketua Pengarang II Utusan, Ahmad Abdul Hamid dan Pengarang Mega, Aznan Bakar. 
      Pasangan pengantin baru bersama bersama kereta Proton Saga yang merupakan sebahagian hadiah hasil menjuarai Peraduan Gerbang Cinta Musim ke-3.
      Pada hari berbahagia itu, Mohd. Puad turut meluangkan masa menepung tawar kedua mempelai manakala Jaaffar Ahmad turut makan beradat bersama pengantin selepas mereka berdua selamat diijabkabul terlebih dahulu oleh Ketua Bahagian Pengurusan Masjid merangkap Ketua Nikah Mukim 10, Arbain Idris di rumah pengantin perempuan, semalam. 

      Pasangan itu muncul juara daripada 10,000 peserta yang menyertai Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Musim Ke-3, sekali gus memenangi tajaan pakej perkahwinan bernilai RM100,000, sebuah kereta Proton Saga SE, wang tunai RM5,000, barang kemas, barang elektrik, set sofa dan rawatan spa. 


      Peraduan itu menyaksikan penyertaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai penaja utama, manakala penaja-penaja lain termasuk Mastar Catering (jamuan dan kelengkapan), Kampung Pengantin (lokasi dan jamuan) dan Precious Moments (pelamin). 

      Turut menaja, D'Sayang Entertainment (sistem bunyi dan fotografi), Dios Astana Bridal (busana pengantin), Afidah Khamis Makeup and Stuff (jurusolek), Sri Sutra Travel (pakej bulan madu), CJ Print (kad perkahwinan), Suri Permai Spa (rawatan spa) dan Utusan Online (laman sesawang rasmi peraduan).
      Sumber: Utusan Malaysia

      Rombongan Pencak Silat UTM


      Pasukan Pencak Silat UTM menginap di Homestay Harmoni, Parit Raja
      600 mahasiswa beradu tenaga
      SERAMAI 600 pesilat mahasiswa dari dalam dan luar negara termasuk Eropah akan menyertai Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2012 di pusat beli belah Square One Batu Pahat pada 17 hingga 22 September ini.

      Kejohanan tahunan itu anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UHTM) dan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka).

      Penolong Naib Canselor UTHM, Prof Ir Dr Amir Hashim Mohd Kassim berkata, kejohanan edisi ketiga itu turut menerapkan sesi pembelajaran bersama guru seni silat Melayu asli di sekitar Batu Pahat. “Peserta, terutamanya dari luar negara seperti Eropah berpeluang mendalami ilmu persilatan daripada pengamal silat tradisional selain melawat gelanggang silat di kampung-kampung dan Muzium Silat, dua tiga hari sebelum pertandingan bermula,” katanya.

      Malaysia selaku juara bertahan bagi kategori pengajian tinggi antarabangsa dicabar sembilan negara iaitu Belanda, Belgium, Brunei, Indonesia, Laos, Singapura, Thailand, United Kingdom dan Vietnam. “Tahun ini kami meraih sambutan baik dari universiti luar negara berbanding tahun lalu dengan hanya tiga negara asing mengambil bahagian iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand,” katanya.
      “Para peserta, terutamanya dari luar negara seperti Eropah, akan berpeluang untuk mendalami ilmu persilatan daripada pengamal-pengamal silat tradisional, di samping melawat gelanggang silat di kampung-kampung dan Muzium Silat, dua tiga hari sebelum pertandingan bermula,” katanya pada sidang media di sini semalam.

      Katanya Malaysia selaku juara bertahan bagi kategori pengajian tinggi antarabangsa akan dicabar sembilan negara iaitu Belanda, Belgium, Brunei, Indonesia, Laos, Singapura, Thailand, United Kingdom dan Vietnam.

      “Tahun ini kita meraih sambutan yang amat memberangsangkan daripada universiti luar negara berbanding tahun lepas, dengan hanya tiga negara asing mengambil bahagian iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand.

      “Ini menunjukkan bahawa kejohanan ini boleh pergi lebih jauh dan KPT akan mengambil peluang untuk mempromosikan universiti tempatan sebagai hab pendidikan di rantau ini,” katanya. — Bernama

      Rombongan Ragbi SMK Bandar Baru Uda


       

      Pada 29 dan 30 September 2012, Kelab Ragbi Batu Pahat dengan kerjasama JPN Johor dan JRU telah menganjurkan Kejohanan Ragbi Batu Pahat 10's Bawah 13 Tahun. Kejohanan ini telah dianjurkan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Sebanyak 28 buah sekolah dari pelusuk semenanjung Malaysia telah menyertai kejohanan ini.
      Sekolah yang terlibat dengan Kejohanan Ragbi 10's